Surat Cinta Buat Abang Konduktor Tren! - Dunia | mStar

Surat Cinta Buat Abang Konduktor Tren!

Seorang wanita berani meluahkan cinta demi mencari jejaka idamannya. - Gambar hiasan/ Handout

MENCARI cinta sejati tidak mudah dan bagi sesetengah orang, ia mungkin satu perjalanan yang jauh dan berliku-liku.

Tapi, apa yang akan anda lakukan apabila anda menemukan seseorang yang istimewa dan si dia menghilangkan diri sebelum anda mulakan langkah?

Seorang wanita mengambil langkah ekstrem untuk menjejaki lelaki pujaan hatinya.

Wanita itu menghantar pesanan di sebuah kolum khas buat mereka yang kesepian, memetik laporan Mirror daripada Hull Daily Mail.


Merujuk dirinya sebagai 'Michaela Gadis Pandora', dia menulis: "Kepada seorang konduktor kereta api yang seksi dalam perkhidmatan TransPennine antara Manchester dan Hull.

"Kamu memiliki jambang dan rambut yang gelap. Saya menaiki kereta api dari Hull ke Leeds dan amat meminati kamu!"

Ruangan itu menjadi sudut komunikasi buat penumpang komuter untuk meluahkan perasaan dengan harapan bakal pasangan mereka tampil untuk menyambut cinta yang dihulurkan.

mencari cinta , TransPennine

Artikel Sebelum

Tiga Cedera Menara Trump Terbakar

Artikel Berikut

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain