suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat 'Senjata' Rajinikanth Ceburi Politik

SEJAK mengumumkan pembabitannya dalam politik, Rajinikanth mengambil langkah untuk mengukuhkan kedudukannya menggunakan kelab peminatnya selama 30 tahun dalam bidang lakonan.

"Saya tidak mahu kedudukan, tetapi berdasarkan situasi sekarang tadbir urus kerajaan perlu diperbaiki.

"Langkah pertama adalah dengan mengukuhkan kelab peminat," katanya ketika berucap di hadapan penyokong baru-baru ini.

Ia sesuatu yang dinantikan pelakon berusia 67 tahun ini sejak berpuluh tahun menyokong pembabitan Rajinikanth dalam bidang lakonan.

Susulan itu laman web, Rajinimandram dilancarkan bersama aplikasi khusus untuk membolehkan peminat aktor terkemuka India itu mendaftar menggunakan kad pengenalan pengundi masing-masing.

Sejak itu juga pelayan web berkenaan sentiasa sesak dengan cubaan ribuan peminatnya yang cuba log masuk hanya beberapa jam sebaik ia dilancarkan.

Setakat ini, lebih 50,000 peminat Rajinikanth masih belum mendaftar sebagai ahli dan menerusi laman web ini ia diharap dapat menempatkan mereka di bawah satu bumbung.


Rajinikanth

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain