suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saintis Australia Dakwa Berjaya Kecilkan Lokasi MH370

CANBERRA: Sebuah pasukan penyelidik Australia semalam mendakwa bahawa mereka telah membataskan lokasi penerbangan hilang, MH370 kepada cuma sebahagian kecil daripada pencarian di laut yang dilakukan sebelum ini oleh pihak berkuasa Australia, Malaysia dan China, lapor agensi berita Xinhua.

Bercakap pada persidangan kebangsaan Persatuan Sains Marin Australia di Darwin, ketua Pertubuhan Penyelidikan Saintifik dan Industri Komanwel(CSIRO), David Griffin berkata, pasukannya yang berterusan menganalisis data dan model hanyutan arus selepas pencarian di laut dihentikan, merumuskan bahawa pesawat jenis Boeing 777-200 itu jatuh di kawasan dikenali sebagai ‘keluk ketujuh’.

“Terdapat arus kuat bergerak menyeberangi keluk ketujuh pada latitud 35 darjah selatan. Kami berpendapat MH370 terhempas dalam arus tersebut menuju ke barat laut. Pengiraan ini menerangkan mengapa serpihan pesawat tidak ditemui di Australia,” katanya.

Dalam satu kenyataan bersama pada Januari lalu, kerajaan Australia, Malaysia dan China berkata, pencarian MH370 di laut akan dihentikan sehingga wujud bukti baharu yang kukuh.

Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac 2014 bersama 239 penumpang dan kru semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Beijing.

Menurut Griffin, CSIRO telah menyerahkan maklumat itu kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab ke atas pencarian MH370 tetapi kerajaan berkenaan belum menyatakan sama ada pencarian di laut akan disambung semula ataupun sebaliknya.– Bernama


MH370, Australia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain