suria

Abu Dhabi Tarik Semula 'Larangan Komputer Riba'

LAPANGAN terbang antarabangsa Abu Dhabi menjadi lapangan terbang pertama di dunia yang menarik semula larang membawa peralatan elektronik ke dalam kokpit pesawat.

Syarikat penerbangan Etihad mengumumkan perkara itu bahawa lapangan terbang di ibu negara Emiriyah Arab Bersatu (UEA) membatalkan larangan yang dikuakuasakan oleh kerajaan Amerika Syarikat sebagai langkah keselamatan.

Sekatan itu ditarik semula serta-merta bermula Ahad selepas Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) UAE selesai memantau dan mengesahkan tahap keselamatan berhubung perkata tersebut.

Penumpang kini dibenarkan membawa peralatan elektronik menaiki penerbangan Etihad ke AS.

Sekatan itu yang dikenali sebagai 'larangan komputer riba' dikuatkuasakan oleh kerajaan AS pada Mac lalu sebagai usaha menangani ancaman pengganas.

Komputer riba, komputer tablet, kamera dan peralatan elektronik tertentu dilarang dibawa menaiki pesawat menuju ke AS melibatkan 10 lapangan terbang utama termasuk Abu Dhabi.

Selain AS, Britain turut melaksanakan langkah sama termasuk mengenakan sekatan sama terhadap enam negara Islam tetapi tidak melibatkan UAE. - INDEPENDENT.uk

Abu Dhabi, Etihad

Artikel Berikut

Artikel Lain