suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Helikopter Penyelamat Terhempas, 8 Maut

DEBU tebal yang dihamburkan Gunung Berapi Sileri pada awal pagi Ahad. - MAIL ONLINE

JAKARTA: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh apabila sebuah helikopter yang dikerah untuk membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kejadian letusan gunugn berapi, terhempas di Pulau Jawa, Indonesia pada Isnin.

Helikopter berkenaan terhempas kira-kira tiga minit sebelum tiba di Dieng Plateau, kawasan popular pelancong yang menyaksikan letusan pada Ahad mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 mangsa cedera.

Tragedi itu berlaku selepas helikopter berkenaan merempuh puncak Gunung Butak di daerah Temanggung dekat wilayah Jawa Tengah.

Kesemua lapan orang krew dalam pesawat itu terbunuh dan perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Operasi Agensi Mencari dan Menyelamat, Mejar Jeneral Herominus Guru.

Beliau berkata, kesemua mayat mangsa dibawa ke Hospital Bhayangkara dekata Semarang.

Sementara itu, Pengarah Operasi dan Latihan Agensi Penyelemata, Brigadier Jeneral Ivan Tito berkata, mangsa yang terbunuh dikenalpasti sebagai empat pegawai tentera laut dan empat anggota penyelamat.

Ujarnya, pesawat yang terhempas itu merupakan helikopter jenis Dauphin AS365 buatan tempatan.

Gunung berapi Sileri itu menghamburkan lava dan debu setinggi 50 meter ke udara apabila meletus awal pagi Ahad.

Ketika kejadian, kira-kira 17 pelancong berada di kawasan tersebut.

Anggota tentera dan polis dikerah ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan penduduk tempatan dan pelancong ekoran kebimbangan berlaku lebih banyak letusan.

Tiada letusan terbaharu dicatatkan pada Isnin. - ABC NEWS

Gunung Berapi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain