suria

Lancar GST Tengah Malam

Sebahagian dokumen berkaitan GST yang diagihkan kepada wakil rakyat India pada sesi khas Parlimen di New Delhi pada Jumaat lalu.

NEW DELHI: India melancarkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada sesi khas yang diadakan di Parlimen pada tengah malam, Jumaat.

Menggelarkannya sebagai baik dan mudah, sistem cukai itu dilancarkan Perdana Menteri, Narendra Modi.

ia juga dilihat sebagai satu langkah reformasi fiskal terbesar dalam usaha memperkukuhkan ekonomi dan mengurangkan rasuah.

Menurut kerajaan negara itu, GST akan menggantikan sehingga 500 cukai berbeza yang dikenakan secara menyeluruh oleh 29 negeri di seluruh India.

“GST sangat mudah, ia sistem telus yang mencegah penjanaan wang haram dan mengatasi rasuah. Sistem ini memberi peluang kepada kejujuran dan orang yang melakukan perniagaan secara jujur,” kata Modi.

Bagaimanapun, beliau mengakui, di peringkat awal rancangan untuk melaksanakan cukai tersebut mendapat tentangan beberapa pihak manakala Parti Kongres selaku pembangkang turut memboikot pelancaran GST.

“Walaupun kamu mempunyai doktor yang mengetahui berapa jumlah kuasa yang diperlukan untuk cermin mata sendiri, anda sentiasa perlukan beberapa hari untuk membiasakan diri dengan kaca mata baharu,” kata Modi.

Golongan peniaga bimbang implikasi GST yang bertujuan mengubah negara yang mempunyai populasi penduduk 1.2 bilion itu di sebalik pasaran ekonomi bernilai AS$2 trilion (RM8.5 trilion) kepada pasaran tunggal.

Pelaksanaan GST yang mula dicadangkan kerajaan India pada tahun 2006, namun pakar ekonomi yang bersetuju dengannya tetap memberi amaran kesannya tidak dapat dilihat dalam tempoh jangka pendek memandangkan setiap perniagaan perlu menyesuaikan diri dengan cukai tersebut. – AFP



GST, India, Modi

Artikel Berikut

Artikel Lain