suria

ATM Emas Pertama Dunia

LONDON: Mesin juruwang automatik (ATM) bersalut emas, itulah yang dilakukan sebuah bank di sini sempena sambutan ulang tahun ke-50.

Turut mengalu-alukan pelanggan bank dan pengguna ATM adalah hamparan permaidani merah pada mesin berkenaan di Enfield itu.

Ia sekali gus menjadi ATM pertama di dunia yang bersalut emas.

Perkhidmatan ATM pertama dilancarkan oleh Barclays di cawangannya di Enfield di utara London pada 27 Jun 1967.

"Penciptaan ATM adalah satu peristiwa bersejarah yang mengubah cara manusia di dunia berfikir dan menggunakan wang tunai," kata Barclays.

Idea untuk mencipta mesin wang tunai diilhamkan oleh John Shepherd-Barron, yang diarahkan oleh pihak bank untuk menghasilkan enam alat untuk mengeluarkan wang tunai.

Penciptaan ATM itu adalah berdasarkan mesin layan diri. Kemudahan itu membolehkan pelanggan mengeluarkan wang simpanan mereka di luar waktu operasi bank.

Individu pertama yang menggunakan ATM itu adalah pelakon komedi Britain, Reg Varney, yang popular dengan rancangan 'On The Buses', bagi menunjukkan betapa mudahnya untuk menggunakan perkhidmatan itu.

Sekeping gambar hitam putih Varney ketika menggunakan mesin itu buat kali pertamanya, turut dipasang di atasnya, selain plak emas peringatan ditampal pada dinding bank.

Sehingga kini, dianggarkan ada lebih tiga juta mesin ATM di seluruh dunia.

Perkhidmatan mesin ATM turut disediakan di pangkalan penyelidikan Stesen McMurdo di Antartika, manakala yang tertinggi terletak di Genting Khunjerab Pakistan berhampiran sempadan China, iaitu setinggi 4,693 meter. - AFP




ATM, Enfield

Artikel Lain