suria

'Hantu Kanak-Kanak' Tidur Sebelah Bayi

SEORANG ibu mendedahkan imej menakutkan yang berjaya dirakam unit paparan video semasa anaknya yang berusia 18 bulan sedang tidur.

Rakaman itu menunjukkan anaknya seolah-olah ditemani satu bayang-bayang seolah-olah mirip seorang bayi lain di dalam kot.

Laura Haigh dan pasangannya, Dean Evans memasang perakam itu selepas anak mereka, Sebastian Evans cuba memanjat kot di kediaman mereka di Plymouth, Devon, bulan lalu.

Namun ibu empat cahaya mata itu terkejut apabila terlihat bayang-bayang seorang lagi bayi lain yang baring bersebelahan dengan anaknya.

Jurubina bot, Dean, 42, bergegas ke tingkat atas dengan harapan imej bayang-bayang itu adalah patung beruang milik anaknya tetapi mendapati Sebastian sedang tidur bersendirian.


Malah, imej itu kekal dirakam dan kedudukannya turut berubah.

Laura mengakui tidak pasti dengan imej tersebut dan yakin ia tidak berniat untuk mengganggu Sebastian yang kelihatan sedang nyenyak tidur.

"Apabila saya menyedari imej itu muncul di tepi kot, saya meminta adik saya untuk melihatnya menerusi Skype tetapi tiada apa di sana.

"Ada kalanya Sebastian akan membawa bersama anak patung beruangnya. Pada mulanya saya fikir ia mungkin patung beruang itu tetapi ia kelihatan pelik," kata Laura.

Namun ia bukan kali pertama keluarga Laura berdepan kejadian paranormal itu.

Sebenarnya Laura sering terdengar bunyi bising di dalam rumah mereka dan terlihat gambar di dinding seolah-olah diterbalikkan.

"Sebastian ok. Saya fikir dia boleh melihat imej itu kerana dia akan duduk di dalam kot tersebut dan tersenyum seorang diri," katanya.

hantu kanak-kanak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain