suria

19 Maut Dalam Kebakaran Hutan Di Portugal

Kejadian kebakaran yang dirakam berlaku di sebuah jalan di Pedrogao Grande. - EPA

LISBON: Satu kebakaran hutan yang berlaku di Portugal mengorbankan 19 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 20 orang pada Sabtu.

Kebanyakan mereka cuba menyelamatkan diri daripada api yang marak dalam kereta masing-masing.

"19 orang disahkan maut adalah orang awam. Tiga daripada mereka meninggal dunia kerana menghidu asap tebal dan 16 lagi hangus terbakar dalam kereta kerana terperangkap di jalan dari arah Figueiro dos Vinhos ke Castanheira de Pera," kata Setiausaha Dalaman Negeri, Jorge Gomes kepada AFP.

Kata Gomes, enam anggota bomba turut mengalami kecederaan serius.

Seramai 500 anggota bomba dan 160 trak bomba terlibat dalam misi memadam kebakaran tersebut.

Api marak dengan besarnya dan merebak dalam empat arah, kata Gomes.

Portugal dilanda kepanasan melampau dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius di beberapa kawasan di negara itu.

Portugal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain