suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Pandu 1,126 KM Untuk Tinggalkan Anak

ENTAH apa alasan seorang ibu yang tergamak meninggalkan anaknya yang berusia empat tahun kepada orang yang tidak dikenali di Lapangan Terbang Atlanta, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Pihak polis kini sedang mencari wanita itu yang menghilangkan diri selepas meninggalkan anaknya pada Khamis lalu.

Maranda Hakimi Harvey (gambar), 29, pada awalnya meminta  bantuan satu pasangan untuk menemani anaknya sementara kerana ingin membeli sesuatu.

Menurut laporan portal berita Mirror, Maranda tidak kembali untuk mengambil anaknya sebaliknya telah menyewa kereta dan melarikan diri.

Terdahulu pada Khamis, Maranda memandu kereta miliknya sejauh 1,126 kilometer dari rumahnya di Odenton, Maryland untuk ke lapangan terbang itu.

Selepas puas menunggu, pasangan tersebut memanggil polis untuk melaporkan mengenai perkara itu.

Sarjan Warren Pickard berkata, Maranda menyewa kereta jenis Nissan Versa putih dengan plat kereta Florida dan meninggalkan bandar Georgia.

Pihak polis tidak dapat mengesan lokasi Maranda dan menyeru orang awam tampil membantu siasatan sekiranya memperoleh maklumat mengenai wanita berkenaan.

"Ia sangat aneh. Siapa sanggup tinggalkan anak dengan orang yang tidak dikenali?

"Walaupun kamu ingin pergi ke kedai, ia bukanlah satu keputusan yang bijak," kata Warren.

Maranda Hakimi Harvey

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tujuh Anak Kapal Hilang

Artikel Lain