suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh Anak Kapal Hilang

WASHINGTON: Tujuh anak kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS) masih hilang, manakala pegawai pemerintah USS Fitzgerald cedera selepas berlanggar dengan kapal kontena Filipina di perairan Jepun.

Dalam kejadian pada Jumaat itu, kapal pemusnah tentera AS itu mengalami kerosakan akibat pelanggaran dengan ACX Crystal pada kira-kira 56 batu nautika di barat daya Yokosuka, Jepun pada jam 2.30 pagi waktu tempatan.

Komander Bryce Benson adalah antara tiga yang cedera dan diterbangkan ke hospital tentera di Yokosuka dan kini dilaporkan stabil.

Video dirakam NHK News menunjukkan bahagian kanan hadapan kapal Fitzgerald tidak jauh dari menara kawalan rosak teruk dan CNN melaporkan kapal itu mulai tenggelam.

Beberapa kapal tunda Jepun dilihat menarik kapal itu ke pelabuhan. Kapal Fitzgerald sepanjang 154 meter itu berpangkalan di Yokosuka, selatan Yokohama dan Tokyo serta beroperasi di Pasifik.

Kapal ACX Crystal adalah kapal kontena komersial sepanjang 22 meter dan menurut beberapa laman radar kapal, ia dalam pelayaran ke Tokyo. - CNN

USS Fitzgerald, Yokosuka

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Padah Bawa Singa Bersiar

Artikel Lain