suria

Baru Lapan Tahun Dah Jadi 'Gergasi'

KETINGGIAN Karan adalah dua kali ganda berbanding rakan sebayanya. - Mail Online

NEW DELHI: Usianya baru mencecah lapan tahun, tetapi Karan Singh sudah memiliki ketinggian seperti lelaki dewasa apabila mencapai ukuran 1.85 meter, melayakkan dia untuk digelar sebagai kanak-kanak paling tinggi di dunia.

Karan dilahirkan dengan lebih ukuran 60 sentimeter panjang dan berat 6.3 kilogram yang merupakan rekod dunia, kini memiliki ketinggian yang sama seperti bekas juara tinju dunia, Wladimir Klitschko.

Kanak-kanak berasal dari Meerut India itu dipercayai mengikut baka ibunya, Shweatlana, 33, yang merupakan pemain bola keranjang dan wanita tertinggi di India dengan memiliki ketinggian 2.18 meter.

Bapanya, Sanjay, 41, juga memiliki tubuh badan yang besar dan tinggi walaupun ketinggian mereka berdua tidak jauh berbeza.

Sanjay berkata, dia mahu memastikan anaknya mengamalkan diet yang istimewa selain mengambil ubat yang sesuai bagi memastikan tahap kesihatan Karan tidak terjejas.

"Kami sering membawa Karan berjumpa pakar kesihatan.

"Setakat ini, ujian kesihatan tidak menunjukkan sebarang masalah dan segalanya normal.

KARAN (paling kanan) bersama ibunya, bergambar bersama beberapa lelaki di sebuah pasar di India. - Mail Online

"Karan mempunyai stamina yang bagus dan tidak mempunyai sebarang masalah dalam," kata lelaki tersebut.

Masalah terbesar Karan adalah mencari pakaian dan kasut yang sesuai dengan saiz badannya.

Dia memakai kasut saiz 12 dan pernah memakai pakaian untuk kanak-kanak berusia 10 tahun sedangkan ketika itu dia baru berusia tiga tahun.

Namun perkara itu tidak merunsingkan Karan kerana dia masih mampu menikmati kehidupan yang normal.

"Selepas menyiapkan kerja rumah, saya bermain dengan rakan-rakan dan kemudian bermain bola keranjang bersama ibu.

"Dia mengajar saya sejak usia lima tahun dan saya mahu menjadi pemain bola keranjang sepertinya walaupun saya juga meminati sains," katanya.

Karan pernah muncul dalam Rekod Dunia Guinness sebanyak dua kali iaitu kerana menjadi bayi paling besar yang pernah dilahirkan dan diiktiraf sebagai kanak-kanak paling tinggi. - MAIL ONLINE

Karan Singh

Artikel Sebelum

Kematian Yang Indah...

Artikel Berikut

Artikel Lain