Tragis, Bayi Minum Susu Mayat Ibu - Dunia | mStar

Tragis, Bayi Minum Susu Mayat Ibu

-foto mailOnline

TRAGIS apabila seorang bayi berusia 17 bulan ditemui sedang menghisap susu ibunya yang telah meninggal dunia.

Dalam kejadian di daerah Damoh, Madhya Pradesh, India, itu, seorang lelaki telah menghubungi polis apabila menemui mayat seorang wanita berhampiran landasan kereta api.

Apabila polis tiba mereka melihat ramai orang berkerumun dekat mayat wanita itu dan seorang bayi sedang menangis.

Saksi, Monu Balmiki, 27, berkata: "Kami melihat seorang wanita terbaring dekat landasan kereta api dan menghubungi polis.

"Tetapi bila kami mendekati mayat, kami melihat seorang bayi sedang menangis sambil menghisap susu dari badan mayat itu. Apa yang berlaku menyebabkan kami menitiskan air mata," katanya.

Seorang pekerja di landasan kereta api, Nand Ram berkata: "Anak kecil itu menangis apabila ibunya tidak menghiraukannya, dia kemudian mula memegang dan minum susu badan ibunya.

"Kami terkejut melihatnya, ia sangat menyedihkan. Wanita itu mati terbaring manakala anaknya terlentok sambil menangis di sebelahnya.

"Ini adalah sesuatu yang kami tidak pernah lihat sebelum ini. Ia menyentuh perasaan.

Balmiki menambah, mayat telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca kematian.

Katanya: "Kami mengesyaki dia terbabit kemalangan berdasarkan darah yang keluar dari hidung dan telinganya.

"Kami cuba mencari alamat rumah wanita itu dan berusaha mendapatkan beberapa maklumat supaya keluarganya boleh dimaklumkan.

"Bayi itu dibawa ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan dan Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak tempatan juga telah dimaklumkan.

Seorang jurucakap hospital memberitahu: "Kanak-kanak itu dibawa ke sini sekitar jam 10 pagi.

"Kami telah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atasnya dan dia mengalami selesema tetapi telah diberikan ubat.

"Dia tidak mempunyai sebarang komplikasi lain dan kami akan pastikan dia dijaga rapi.

Perbincangan sedang dibuat untuk bayi itu dihantar ke rumah anak yatim sehingga keluarganya dikesan.

susu ibu , bayi

Artikel Sebelum

Stesen TV Diancam Bom

Artikel Berikut

Konsert 'Dangerous Woman' Terbantut

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain