Campur Tangan AS Burukkan Konflik Syria - Rusia - Dunia | mStar

Campur Tangan AS Burukkan Konflik Syria - Rusia

MOSCOW: Rusia menuduh tentera pakatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) tidak menyumbang perkembangan positif dalam memerangi keganasan di Syria, sebaliknya memburukkan lagi konflik di negara Arab itu.

Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu berkata, berbanding AS, Moscow telah mencapai matlamat utama di Syria iaitu memerangi pengganas di negara tersebut

Jelasnya, Rusia terpaksa menggunakan semua keupayaan dan kekuatan secara bersendirian dalam kempen di Syria tanpa sokongan tentera pakatan AS.

"Sumbangan tentera pakatan AS terhadap kempen Rusia di Syria bukan pada tahap kosong, tetapi mencapai tahap negatif.

"Saya berasa kesal tidak mendapat bantuan yang sewajarnya daripada pihak pakatan," katanya.

Kenyataan Shoigu itu dikeluarkan dua hari selepas Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter mendakwa Rusia gagal menyokong usaha Washington untuk memerangi ancaman militan Daesh di Syria dan Iraq.

Dalam perkembangan berasingan, Ketua Turus Tentera Rusia, Jeneral Valery Gerasimov berkata, serangan udara tentera pakatan tidak memberi keputusan memberangsangkan di Syria dan menyebabkan kematian dalam kalangan penduduk awam serta tentera kerajaan.

"Sebaliknya, penglibatan tentera Rusia di Syria telah mengubah haluan memerangi pengganas di negara tersebut," katanya.

Pada 3 Januari lalu, lebih 20 penduduk awam maut dalam serangan udara tentera pakatan yang diketuai AS di Sarmada, wilayah Idlib, sekali gus mencabuli perjanjian gencatan senjata yang dikuatkuasakan di seluruh negara bermula 30 Disember tahun lalu.

Selain itu, pada September 2016, seramai 62 askar Syria terbunuh dan kira-kira 100 orang awam cedera dalam serangan tentera pakatan berdekatan lapangan terbang Dayr al-Zawr.


Rusia , Syria , Amerika Syarikat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain