suria

Letupan Bom Kereta Di Izmir, Polis Turki Tembak Mati Dua Pengganas

POLIS Turki menembak mati dua pengganas dan sedang memburu suspek ketiga selepas insiden letupan kereta di luar bangunan mahkamah di bandar Izmir pada Khamis.

Seorang pegawai polis dan pekerja di bangunan mahkamah itu terbunuh manakala sepuluh yang lain cedera dan berada dalam keadaan kritikal selepas letupan berpunca daripada bom kereta.


Insiden tersebut berlaku sehari selepas polis menangkap 20 orang suspek pengganas ISIS susulan pencarian penembak yang membunuh 39 orang pengunjung kelab malam di Istanbul pada malam sambutan Tahun Baharu minggu lalu.

Polis kini sedang memburu suspek ketiga yang digambarkan memakai baju berwarna hitam dan baret putih.

Pihak berkuasa memberitahu, kereta diletakkan di hadapan bangunan mahkamah sebelum pertempuran suspek dengan polis.

Kereta yang dilengkapi dengan bom itu meletup ketika kejadian tembak menembak dengan penyerang dilaporkan menggunakan senapang Kalashnikov dan bom tangan.

Gabenor wilayah Erol Ayyildiz mendakwa Parti Pekerja Kurdistan atau PKK berada di sebalik insiden pengeboman ini.

"Pertempuran berlaku selepas pegawai polis mahu menahan sebuah kereta di kawasan pemeriksaan polis di hadapan bangunan mahkamah Bayrakli. Ketika itu, pengganas-pengganas meletupkan kereta sambil cuba melarikan diri," ujar Ayyildiz.

Bom kereta Turki

Artikel Lain