suria

Penyelam Nyaris Maut Anak Panah Besi Tembus Kepala

Imej yang dikongsikan dalam laman sosial Facebook menunjukkan mangsa berbaring menunggu rawatan di sebuah hospital.

SEORANG lelaki masih terselamat walaupun kepalanya ditembusi sebatang anak panah diperbuat daripada besi dalam kejadian ngeri ketika mangsa mengikuti aktiviti memanah ikan di Amerika Utara.

Identiti lelaki itu tidak dapat dipastikan tetapi gambarnya terbaring di katil sebuah hospital tersebar dalam laman sosial sejak Rabu lalu.

Berdasarkan gambar tersebut, kelihatan besi yang panjang menembusi kedua-dua belah bahagian pipinya dan darah turut kelihatan keluar di bahagian hidung.

Namun mangsa bernasib baik kerana masih bernyawa selepas doktor berjaya mengeluarkan besi tersebut menerusi pembedahan.

Gambar selepas dia menjalani rawatan juga turut dikongsikan oleh rakan wanitanya yang menunjukkan lelaki itu tersenyum dalam keadaan kepalanya berbalut.

"Ini sebabnya saya takut untuk menyertai aktiviti memanah ikan," kata wanita tersebut yang tidak mendedahkan namanya.

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di kawasan pesisiran pantai di Bahamas dan mangsa dikatakan seorang penyelam.

Bahamas, Selam

Artikel Lain