suria

Starbucks Tutup Kedai Di Jakarta

Polis mengawal ketat lokasi serangan di Jakarta.

KUALA LUMPUR: Starbucks menutup semua kedai kopinya di Jakarta sehingga diberi tahun kelak selepas insiden letupan yang berlaku berhampiran sebuah kedainya di sana.

"Kedai ini dan semua kedai Starbucks lain di Jakarta akan ditutup, sebagai langkah berhati-hati sehingga diberi tahu kelak.

"Kami memantau dengan rapat situasi ini," kata rantaian kopi terbesar dunia itu dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beberapa siri letupan bom menggegarkan ibu kota Indonesia itu pagi Khamis meragut sekurang-kurang tujuh nyawa termasuk anggota polis, dan mencederakan beberapa yang lain. - BERNAMA

Starbucks, Jakarta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain