suria

IS Keluar Amaran Tersirat Sebelum Insiden Letupan

Enam dipercayai maut dalam insiden letupan di Jakarta.

JAKARTA: Kumpulan militan Negara Islam (IS) menghantar amaran tersirat sebelum kejadian letupan yang menggegarkan ibu negara Indonesia sehingga mengorbankan enam nyawa.

Jurucakap polis, Anton Charliyan, berkata masih tidak jelas kumpulan yang mendalangi serangan tersebut yang disifatkan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sebagai "tindakan keganasan".

"Amaran itu menyebut akan berlaku konsert di Indonesia dan ia bakal menjadi berita antarabangsa," katanya kepada stesen radio tempatan. 

Beliau tidak memberikan maklumat lanjut mahupun tarikh dan masa amaran itu dikeluarkan.

Pada bulan lalu, polis berjaya mematahkan rancangan pengganas di Indonesia yang antaranya dipercayai mempunyai kaitan dengan militan IS.

Ratusan rakyat Indonesia dikhuatiri menyertai kumpulan pengganas yang menguasai sebahagian besar wilayah di Iraq dan Syria.


kumpulan militan, IS, Jakarta

Artikel Berikut

Artikel Lain