suria

Kota London Kacau Bilau Kerana Perarakan Bertopeng

Perarakan di kota London pada malam Rabu, 5 November 2014 turut disertai oleh selebriti terkenal Russel Brand.

LONDON: Ibu kota Britain pada malam Rabu menyaksikan beribu manusia bertopeng keluar berarak memprotes penguasaan kapitalis dalam kehidupan seharian - mencetuskan sedikit kekacauan di sana-sini.

Perarakan itu turut disertai oleh pelawak Russell Brand dan pereka fesyen terkenal Britain, Vivienne Westwood (gambar bawah).

Russell Brand took part in a protest outside Parliament which was orchestrated by activists who said they intend to cause chaos throughout London

Mereka menyertai apa yang dipanggil "Bonfire Night Protest" yang diadakan serentak di beberapa buah negara di Eropah, Asia dan juga Amerika Selatan.

Ia dianjurkan oleh kumpulan yang hanya dikenali sebagai "Anonymous" yang sebelum itu telah memberi amaran awal yang mereka akan mencetuskan kekacauan di sekitar ibu kota ini.

Kemuncak perarakan itu menyaksikan kumpulan ini 'bertempur' dengan pihak polis apabila mereka mula menghamburkan kata-kata makian ke arah pasukan keselamatan sebelum membaling botol, plastik dan kon jalan.

Barricades erected in anticipation of the protest were lifted by demonstrators as police attempted to control scenes in Parliament Square

Mereka juga turut membakar bunga api dan mercun di Trafalgar Square dan Piccadilly Circus iaitu tempat popular orang-ramai melepak pada waktu malam.

Portal berita Mail Online melaporkan, terdapat remaja yang berusia belasan tahun turut terlibat dalam perarakan itu dan membuat kacau termasuk menganggu orang awam di tepi jalan.

Demonstrators kicked and dragged over security railings while chanting 'one solution, revolution'

Mereka berarak sambil melaungkan slogan 'one solution, revolution'.

Mereka turut menyembur cat di badan kenderaan polis dan awam termasuk kereta-kereta mewah.

Perarakan itu bermula di tengah bandar raya ini, sambil menterbalikkan tong-tong sampah, menjerit ke arah orang-ramai yang membeli-belah dengan mereka yang kelihatan sebagai golongan pertengahan dan mewah sebagai sasaran mangsa.

Pada suatu ketika mereka mengepung seorang lelaki yang memandu kereta Mercedes baru lalu menyembur keretanya dengan aerosol serta membaling apa sahaja ke arahnya sebaik sahaja dia menurunkan tingkap untuk mengherdik balik ke arah mereka.

The group - which uses the Guy Fawkes masks as its trademark - said it fights against mass surveillance, austerity and infringement of human rights

Sebahagian besar para demonstrator memakai topeng Guy Fawkes - watak yang menjadi popular dalam filem "V for Vendetta".

Graffiti was daubed on a police van, while a masked protester stood nearby waving a placard

Selepas mereka berkumpul di Trafalgar Square, mereka meneruskan perjalanan ke bangunan Parlimen menjelang 6.30 petang.

Officers were forced to draw their batons as missiles, plastic cones and road signs were launched

Sebaik sahaja mereka tiba di situ mereka menjerit slogan "anti-establishment" sebelum sekali lagi menyalakan bunga api dan juga mercun.

Mereka kemudian berarak pula ke arah Istana Buckingham - rumah rasmi Ratu - dan selepas membuat bising di situ meneruskan perjalanan ke Piccadilly Circus, Regent Street and Oxford Circus yang merupakan kawasan membeli-belah yang popular dengan barangan berjenama.

Protesters chanted anti-establishment slogans as they milled around, while others climbed on to the base of Nelson's Column let off fireworks

Tidak habis di situ mereka berarak pula ke Ibu Pejabat stesen televisyen dan radio BBC berhampiran Portland Place dan selepas itu berarak melintasi satu lagi kawasan membeli-belah yang popular Oxford Street sebelum menuju ke arah Hyde Park dan Park Lane.

Menjelang tengah malam, polis menahan sekurang-kurangnya 10 orang kerana melakukan kerosakan awam dan menyerang polis.

Police arrested a man on suspicion of headbutting a woman police officer outside Buckingham Palace during the protest

Ketika ditanya apakah misi perarakan mereka, salah seorang daripada mereka berkata yang mereka menentang pencabulan ke atas hak asasi kemanusiaan, pengintipan awam dan keseriusan.

A police officer ducks to avoid the pushing and shoving which surged through the crowd during the protest

Dalam salah satu posting di dalam laman sosial, penyokong kumpulan ini menulis; "Apa yang ingin saya saksikan ialah kota London yang lumpuh akibat perarakan ini dan satu-satunya yang dapat melepasi kota ini ialah api dan ambulans."

Ini mendorong pihak Polis Metropolitan, Trafik dan Polis Bandar Raya London diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Pihak polis juga menegaskan yang mereka akan menggunapakai Seksyen 60AA di bawah Akta Jenayah dan Ketenteraman Awam 1994 di sekitar kawasan bangunan Parlimen yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa menanggalkan topeng mana-mana individu yang disyaki berpotensi mencetuskan kekacauan dan juga melakukan jenayah. 

Protesters argued with riot police as they formed human barriers against the huge crowd of demonstrators 

Seorang remaja berusia belasan tahun turut mengambil bahagian dalam protes tersebut.


Artikel Sebelum

Jupe Sesak Nafas Selepas Dibedah

Artikel Berikut

Artikel Lain