suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Britain Latih Tentera Iraq Perangi IS

LONDON: Britain sedia menghantar pasukan tenteranya untuk melatih pasukan keselamatan tempatan di Iraq dalam memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS), lapor akhbar The Times pada Rabu.

Kementerian Pertahanan Britain yang enggan mengulas mengenai laporan tersebut bagaimanapun berkata pengumuman tentangnya akan dibuat dalam tempoh terdekat.

Akhbar itu melaporkan, beberapa pegawai akan menyertai ibu pejabat tentera Amerika Syarikat di Baghdad untuk melatih dan memberi nasihat kepada tentera Iraq sebelum mereka dihantar ke wilayah autonomi  Kurdish.

Pada bulan lalu, menteri pertahanan Britain telah mengumumkan bahawa sebuah pasukan tentera sedang melatih kumpulan pejuang Kurdish Peshmerga dalam menggunakan senjata berat yang diberikan negara barat tersebut.

Selain itu, jet tentera udara Britain juga mengambil bahagian dalam misi pengeboman di Iraq bagi memerangi IS yang menguasai sebahagian besar negara tersebut dan bertindak kejam terhadap rakyat termasuk menyembelih warga Eropah.


Britain, Iraq, IS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain