suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Thailand Kukuh Keselamatan Di Selatan

PATTANI: Kerajaan Thai merancang memperkukuhkan lagi kekuatan pasukan keselamatannya di wilayah bergolak di selatan Thailand dengan menubuhkan satu kompeni renjer tentera laut dan membekalkan senjata kepada pasukan rela.

Pejabat Keselamatan Dalam Negeri(ISOC) telah meluluskan peruntukan sebanyak 1,700 juta Bath (100 Baht = RM11.00) untuk menubuhkan satu kompeni renjer tentera laut dalam tempoh dua tahun.

Kol Banpot Poonpian, jurucakap ISOC berkata keputusan mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Menggerak Penyelesaian Masalah Sempadan Selatan kelima telah membincangkan isu-isu keselamatan di selatan.

Pertamanya mereka akan membekalkan 2,700 senapang kepada pasukan rela dan juga meluluskan cadangan mengambil 2,000 orang anggota polis bagi menyelesaikan masalah kekurangan pegawai polis.

Banpot berkata mesyuarat memutuskan untuk mengambil 1,000 anggota polis itu dalam kalangan penduduk di 14 wilayah selatan dan 1,000 orang lagi dari lain-lain kawasan, dan ia dijangka selesai pada 1 Jun, 2015.

Walaupun ada cadangan rundingan damai, namun wilayah selatan Thailand masih lagi berlaku pembunuhan dan kejadian membakar bangunan sekolah serta premis pentadbiran.

Thailand

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain