suria

Penduduk Tokyo Pilih Gabenor Pada 9 Februari

TOKYO: Berjuta-juta pengundi di Tokyo akan memilih gabenor baru mereka pada Februari, selepas peletakan jawatan penyandang sebelumnya berhubung skandal wang.

Pilihan raya gabenor ditetapkan pada 9 Februari yang jatuh pada Ahad, dengan undi akan dikira pada hari yang sama, kata lembaga pilihan raya di bandar ini.

Calon-calon mesti secara rasmi mengisytiharkan diri mereka pada 23 Januari pada waktu berkerja.

Setakat ini tiada seorang pun lagi yang meletakkan 'topi mereka di gelanggang', tetapi calon-calon yang disebut mungkin bertanding dalam media termasuk Hideo Higashikokubaru, seorang pelawak yang beralih arah ke dunia politik dan meletak jawatan sebagai ahli Dewan Rakyat bulan ini dan Menteri Pelajaran Hakubun Shimomura.

Artikel Berikut

Artikel Lain