suria

Taman EkoPelancongan Benggala Barat Harapkan Pelabur Singapura & Malaysia

NEW DELHI: Benggala Barat, negeri di wilayah timur India, mengenal pasti penyertaan pelabur antarabangsa seperti dari Singapura dan Malaysia, dalam Projek Taman EkoPelancongan Banarhat.

Kerajaan negeri itu dijangka mengeluarkan satu tender global untuk pembinaan taman itu yang terletak di kawasan Jalpaiguri, lapor akhbar The Times of India.

"Ada pelabur antarabangsa yang mempunyai kepakaran dalam bidang hospitaliti dan pengendalian taman permainan di negara-negara seperti Singapura dan Malaysia.

"Kami mahu mereka ini mengambil bahagian dalam projek kami," kata setiausaha jabatan mikro dan syarikat kecil dan tekstil Benggala Barat, Rajiva Sinha.

Di samping pusat peranginan bertaraf tinggi, projek di kawasan lebih 40 hektar itu meliputi hotel murah, perkampungan kraf, pusat konvensyen dan asrama belia, kata Sinha.

Dalam tempoh dua tahun akan datang, projek itu diunjur menarik pelaburan lebih Rs 300 crore (kira-kira RM156 juta), kata laporan itu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain