suria

Rudd Umum Undur Dari Politik

Kevin Rudd
Kevin Rudd
Kevin Rudd

SYDNEY: Bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd mengumumkan keputusan untuk berundur daripada politik pada Rabu.

Keputusan itu dibuat selepas dua bulan disingkirkan daripada jawatannya oleh Tony Abbott.

Rudd, 55, yang memimpin Parti Buruh dan dilantik sebagai Menteri Luar ketika pemerintahan Julia Gillard berkata, beliau akan meninggalkan Parlimen pada hujung minggu ini.

"Saya tidak memandang remeh keputusan ini. Namun bagi saya, keluarga adalah segala-galanya. Oleh itu, saya memutuskan untuk meninggalkan bidang politik," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain