Letupan Di Kilang Bunga Api Di China Ragut 11 Nyawa - Dunia | mStar

Letupan Di Kilang Bunga Api Di China Ragut 11 Nyawa

BEIJING: Satu letupan berlaku di sebuah kilang bunga api di wilayah autonomi Guangxi Zhuang di selatan China mengakibatkan 11 orang maut dan mencederakan 17 yang lain, lapor agensi berita Xinhua.

Letupan itu berlaku 4 petang semalam di kawasan perbandaran Sanbao, bandaraya Cenxi, kira-kira 2,000 kilometer di barat daya Beijing.

Polis menahan pengurus dan wakil guaman kilang terbabit, Xinhua memetik pihak berkuasa sebagai berkata pada Sabtu.

Ia dilaporkan bahawa 11 mangsa mati selepas menerima rawatan kecemasan manakala 17 lagi masih dirawat di hospital.

Punca kemalangan masih disiasat, kata Xinhua. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Yun Peng anak baik, dengar kata...