suria

Minyak Enjin Bocor, Penerbangan Asiana Airlines Ke Seoul Lewat 17 Jam

Pesawat Boeing 777 Asiana Airlines dari Los Angeles menuju ke Seoul mengalami masalah kebocoran minyak enjin.
Pesawat Boeing 777 Asiana Airlines dari Los Angeles menuju ke Seoul mengalami masalah kebocoran minyak enjin.
Pesawat Boeing 777 Asiana Airlines dari Los Angeles menuju ke Seoul mengalami masalah kebocoran minyak enjin.

SEOUL: Jadual penerbangan sebuah pesawat Boeing 777 milik syarikat Asiana Airlines pada Rabu ditangguhkan selama 17 jam di Los Angeles kerana berlaku kebocoran minyak enjin, beberapa hari selepas pesawat model sama terhempas di San Francisco.

Kira-kira 200 penumpang dipindahkan ke hotel berdekatan sementara menunggu kerja membaiki pesawat selesai.

"Kami harus memastikan apa jua masalah mekanikal diselesaikan dengan sebaik mungkin sebelum berlepas," kata jurucakap Asiana Airlines.

Pesawat itu kemudiannya berlepas dari Los Angeles kira-kira pukul 5.20 petang waktu tempatan dan menuju ke Seoul.

Pada 6 Julai lalu, pesawat model sama terhempas ketika melakukan pendaratan di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco menyebabkan tiga penumpang maut manakala 180 lagi cedera.

Penyiasat Amerika Syarikat dan Korea selatan sedang meneliti insiden itu disebabkan oleh kesilapan juruterbang atau masalah sistem pesawat tersebut.

Ia merupakan insiden pertama membabitkan pesawat Korea Selatan kedua terbesar dalam tempoh 20 tahun.

Artikel Lain