suria

Bot Padat Dengan Pemohon Suaka Karam di Perairan Australia

SYDNEY: Sebuah bot yang membawa kira-kira 150 pemohon suaka karam di Lautan Hindi, menyebabkan empat orang maut, kata pegawai tempatan pada Rabu.

Nahas itu berlaku semalam di laut bergelora kira-kira 125 kilometer ke utara Pulau Krismas, kata Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Jason Clare kepada pemberita. Kepulauan Australia terletak kira-kira 500 kilometer di selatan Jakarta, Indonesia.

Sementara itu, Komander Perlindungan Sempadan Australia, David Johnston, berkata dua kapal tentera laut dihantar ke lokasi kejadian untuk membantu kerja-kerja menyelamat, berikutan kapal penyelamat yang tiba lebih awal tidak dapat meneruskan misi menyelamat apabila ombak mencapai setinggi empat meter.

Mangsa yang terselamat, terdiri daripada warga Afghanistan, Pakistan, Iran dan Iraq, dibawa ke Pulau Krismas, bersama-sama dengan tiga anak kapal Indonesia. Terdapat beberapa bayi dan kanak-kanak di atas kapal, katanya. - AFP

Artikel Lain