suria

Militan Filipina Bebaskan Lelaki Australia Yang Dijadikan Tebusan

MANILA: Kumpulan militan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda di selatan Filipina pada Sabtu membebaskan seorang lelaki Australia dalam keadaan kurus kering berhampiran sebuah bandar di pantai di mana mereka menculik beliau dan dijadikan tebusan 15 bulan lalu.

Warren Richard Rodwell telah dibawa kepada pihak polis oleh penduduk bandar Pagadian yang menyaksikan dia berjalan berhampiran pelabuhan nelayan sebelum subuh, lokasi di mana penculik telah melepaskan beliau, kata ketua polis tempatan Julius Munez.

Rodwell "kelihatan OK", hanya keletihan. Tetapi dia kelihatan berat badannya turun dengan banyak," kata Munez.

Di Washington, Menteri Luar Bob Carr yang mengadakan lawatan ke sana mengalu-alukan berita ini, sambil berkata pembebasan itu adalah usaha bersama oleh pihak berkuasa di kedua-dua negara, dan tumpuan kini diberikan kepada pemulihan segera Rodwell.

Perdana Menteri Australia Julia Gillard memuji keluarga Rodwell yang menunjukkan sikap "keberanian dan tabah dalam situasi yang ketara sukar."

"Saya fikir semua warga Australia akan menjadi sangat gembira mendengar berita ini dan gembira bagi pihak keluarga Rodwell," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain