suria

Angka Korban Tragedi Tanah Runtuh Di Timur Brazil Meningkat 31 Orang

RIO DE JANEIRO: Angka korban kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat yang melanda kawasan rata di Rio de Janeiro meningkat kepada 31 orang selepas tiga lagi mayat ditemui di timur Brazil pada Jumaat.

Datuk Bandar Petropolis, Rubens Bontempo, berkata hujan lebat yang melanda Isnin lalu mengakibatkan beberapa bangunan dianggarkan bernilai AS$60 juta rosak teruk.

Banjir kilat di sekitar Petropolis yang terletak 68 kilometer di utara Rio de Janeiro itu turut mengakibatkan 18 penduduk cedera manakala 1,466 yang lain hilang tempat tinggal.

Hampir 250 anggota tentera dan pegawai Pertahanan Awam dikerahkan untuk membantu penduduk di 21 daerah yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain