suria

20 Terkorban Puting Beliung Di Bangladesh

DHAKA: Puting beliung telah menghapuskan lebih 20 perkampungan di tenggara bandar Bangladesh, membunuh sekurang-kurangnya 20 orang, menerbangkan bumbung rumah dan menumbangkan pokok dan menyebabkan gangguan bekalan elektrik, menurut pegawai.

Angka kematian boleh meningkat dengan mendadak apabila lebih daripada 300 orang cedera dalam ribut yang melanda daerah Brahmanbaria, lebih dari 100 km (60 batu) dari tenggara Dhaka, petang Jumaat.

Lebih 500 rumah mengalami kerosakan.

Pasukan penyelamat telah dihantar ke kawasan tersebut, tetapi pokok-pokok tumbang dan kenderaan rosak telah menghalang laluan lebuh raya dan kereta api.

Antara bangunan yang rosak adalah penjara Brahmanbaria, yang sebahagiannya runtuh dan membunuh pengawal.

Tetapi pegawai-pegawai berkata semua penghuni kekal di dalamnya dan selamat.

"Ia memusnahkan segala-galanya. Saya tiada apa-apa sekarang," kata seorang penduduk kampung, Mohammad Nizam, kepada Reuters.

"Kami mendapati diri kami bergelumang dalam lumpur dalam masa beberapa minit."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain