suria

Wartawan Somalia Ditembak Mati

MOGADISHU: Lelaki bersenjata Somalia menembak mati seorang wartawan radio di Mogadishu, menyaksikan kematian terbaru melibatkan wartawan di negara yang dilanda peperangan, kata rakan sekerja dan saksi pada Isnin.

Dua lelaki menembak mati wartawan wanita, Rahmo Abdukadir, yang bekerja untuk stesen radio swasta, Abduwaq pada lewat Ahad.

“Salah seorang kakitangan wanita kami ditembak dan terbunuh di Mohadishu,” kata pengarah stesen radio itu, Abdikarin Ahmed.

“Kami tidak tahu bagaimana beliau boleh terbunuh tetapi masih dalam keadaan terkejut mengenai berita itu,” tambahnya.

Saksi berkata, dua lelaki berkenaan mendekati wartawan itu sebelum melepaskan tembakan beberapa kali dan melarikan diri.

“Dua lelaki bersenjata menembak wanita itu menggunakan pistol, mereka melepaskan tembakan sebanyak lima kali sebelum melarikan diri,” kata saksi, Abdi Moalin Shire.

“Terdapat seorang lagi wanita yang menemani mangsa tetapi lelaki bersenjata itu tidak menyasarkannya, dan wanita itu melarikan diri sambil menjerit meminta tolong,” kata Issa Mohamed yang merupakan seorang lagi saksi.

Sekurang-kurangnya 18 petugas media terbunuh pada 2012, dua kali ganda bagi tahun terburuk keduanya di negara yang bergolak di Syria, tetapi tiada siapa yang didakwa atas pembunuhan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain