suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Bumi Sederhana Gegar Trinidad & Tobago

PORT-OF-SPAIN (Trinidad): Gempa bumi sederhana berukuran 4.8 magnitud menggegarkan Trinidad dan Tobago awal pagi Isnin.

Gegaran itu mengakibatkan amaran berjaga-jaga dikeluarkan.

Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa itu melanda pada kedalaman 46 kilometer, kira-kira 81 kilometer di utara Roxborough, di timur sebuah pusat pelancongan Tobago.

Gempa turut melanda wilayah Caribbean, Barbados.

Sementara itu, pegawai polis berkata, pihaknya menerima beberapa panggilan daripada penduduk yang bergegas keluar dari kediaman masing-masing selepas gempa berlaku.

Bagaimanapun, tiada sebarang kerosakan atau kecederaan dilaporkan setakat ini. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain