suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanah Runtuh Di Bandung Barat, 10 Mayat Ditemui

JAKARTA: Pasukan mencari dan menyelamat hingga petang Selasa sudah menemui 10 mayat penduduk yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Mukapayung, Cililin, daerah Bandung Barat, Jawa Barat sejak Isnin.

Gerakan mencari tujuh lagi penduduk yang masih hilang diteruskan dan operasi itu mungkin diteruskan sehingga petang ini jika cuaca cerah kekal sepanjang hari, kata jurucakap pasukan penyelamat.

Tanah runtuh itu berlaku pagi Isnin di tiga tempat iaitu di kawasan Pasirpogor, Bukit Pasir Cikareo dan Bukit Dipatiukur, disebabkan hujan lebat yang turun sejam.

Tanah runtuh itu memusnahkan lebih 20 rumah penduduk di kawasan petempatan yang terletak di kaki bukit berkenaan.

Data Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) menyebut bahawa dalam tempoh tiga bulan terakhir, 53 kejadian tanah runtuh berlaku di beberapa kawasan di Indonesia menyebabkan 83 orang terkorban.

Artikel Lain