suria

Dua Maut Bot Pencari Suaka Karam Di Perairan Australia

SYDNEY: Dua orang maut manakala dua lagi cedera parah selepas sebuah bot pencari suaka karam di perairan Australia pada Isnin.

Sementara itu, 90 orang lagi berjaya diselamatkan dan dibawa ke darat, kata seorang pegawai.

Bot tersebut dikesan Jabatan Kastam Australia kira-kira 14 batu nautika dari barat laut wilayah Christmas Island di Lautan Hindi.

"Laporan awal menunjukkan 95 orang berjaya diselamatkan termasuk dua daripadanya sudah meninggal dunia manakala dua lagi cedera parah," kata Menteri Dalam Negeri Jason Clare.

Clare berkata, mangsa dipindahkan ke depoh imigresen di Christmas Island tetapi butiran mengenai taraf kewarganegaraan tidak didedahkan.

"Mereka akan menjalani pemeriksaan kesihatan dan identiti, keselamatan dan sebab mereka menaiki bot tersebut," katanya.

Dia berkata operasi mencari dan menyelamat menerusi udara dan air diteruskan walaupun jumlah mangsa yang masih hilang masih belum jelas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain