suria

Korea Utara Berjaya Lancar Roket Jarak Jauh

SEOUL: Korea Utara mengesahkan pada Rabu telah melancarkan roket jarak jauh dan berjaya dalam misinya meletakkan satelit ke orbit.

"Pelancaran versi kedua satelit Kwangmyongsong-3 kami dari Pusat Angkasa Sohae ... pada 12 Disember telah berjaya," kata Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

"Satelit telah memasuki orbit seperti yang dirancang," katanya.

Kenyataan yang sama kemudian dibaca pada "siaran khas" di televisyen negeri Korea Utara, oleh juruhebah wanita memakai pakaian kebangsaan Korea Utara dengan duduk di depan skrin yang menunjukkan bendera Korea Utara, juruhebah membaca kenyataan tersebut dalam nada yang kuat, berjaya.

Siaran khas jarang berlaku dan kebiasaannya dikhaskan untuk majlis-majlis penting seperti mengumumkan kematian pemimpin Kim Jong-Il pada Disember tahun lepas. AFP

Artikel Lain