suria

Speaker Singapura Letak Jawatan Mengaku Ada Hubungan Sulit

SINGAPURA: Speaker Parlimen Singapura mengumumkan peletakan jawatannya pada Rabu selepas mengaku melakukan hubungan sulit luar nikah, dalam skandal seks terbaru melanda negara itu, lapor media Singapura.

Michael Palmer, 44 yang telah mengangkat sumpah sebagai Speaker pada bulan Oktober 2011 lalu menarik diri dari kerusi di parlimen dan keahlian dalam Parti Tindakan Rakyat memerintah, kata laporan media tersebut.

Ia adalah peringkat tinggi terbaru skandal melanda Singapura selepas bekas ketua polis narkotik dibicarakan kerana didakwa meminta khidmat seks.

Seorang lagi penjawat awam kanan dijadualkan akan dibicarakan pada Januari atas tuduhan yang sama. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain