suria

Ugutan Bunuh Diterima Penyampai Radio Australia Buat Panggilan Palsu

SYDNEY: Ugutan bunuh telah dibuat terhadap penyampai radio Australia yang terlibat dalam tragedi panggilan gurauan diraja, kata polis pada Jumaat, dengan pengurusan stesen radio dilaporkan memindahkan beberapa kakitangan ke kediaman selamat.

Ugutan diterima selepas inkues London menunjukkan jururawat yang menerima panggilan palsu, Jacintha Saldanha, 46, menggantung dirinya.

Ibu kepada dua anak itu ditemui mati Jumaat lalu, tiga hari selepas memindahkan panggilan telefon kepada rakan sekerja yang mendedahkan butiran mengenai isteri Putera William, Catherine yang hamil dan dirawat akibat mengalami alahan yang teruk.

Saldanha ditemui di kuarters jururawat berhampiran hospital swasta King Edward VII di pusat bandar London di mana Kate telah dirawat.

Dia juga mempunyai kecederaan pada pergelangan tangan dan meninggalkan tiga nota.

Polis Australia telah melancarkan siasatan terhadap ancaman bunuh selepas surat yang mensasarkan penyampai Michael Christian telah disita, yang mana surat tersebut memberi amaran kepadanya bahawa terdapat "peluru di luar sana dengan nama anda di atasnya".

Perbadanan Penyiaran Australia berkata kakitangan di 2Day FM, syarikat Southern Cross Austereo telah menerima ancaman sepanjang minggu.

"Polis sedang menjalankan penyiasatan terhadap ancaman yang dibuat terhadap dua penyampai radio Sydney," kata jurucakap polis New South Wales kepada AFP.

"Detektif merampas surat yang mengandungi beberapa ancaman. Detektif menjalankan penyiasatan terhadap perkara ini dan cuba untuk mengenal pasti sumber surat." Berpuluh-puluh kakitangan di syarikat penyiar telah dipindahkan ke hotel untuk tujuan keselamatan dan sehingga 10 eksekutif telah menugaskan pengawal peribadi.

Southern Cross Austereo hanya menyatakan bahawa "keselamatan pekerja kami adalah keutamaan mutlak".

"Kami mempunyai langkah-langkah yang wajar di tempat kita, seperti yang kita sentiasa lakukan, untuk memastikan pekerja kita selamat," kata jurucakap kepada AFP.

Christian dan rakan penyampainya Mel Greig, telah menjalani kaunseling, tidak lagi ke udara dan tidak pernah dilihat di khalayak ramai sejak menangis membuat permohonan maaf dalam wawancara televisyen pada Isnin.

Artikel Berikut

Guatemala Bebaskan McAfee

Artikel Lain