suria

DJ Radio Australia Mohon Maaf Buat Panggilan Palsu

SYDNEY: Mereka menjangkakan mereka hanya akan bergelak ketawa selepas telefon diletakkan.

Sebaliknya, penyampai radio Australia yang membuat panggilan palsu ke hospital di UK di mana Duchess of Cambridge yang hamil dirawat pada Isnin berduka kerana apa yang difikirkan jenaka oleh mereka berakhir dengan kesedihan.

Panggilan telefon - di mana mereka menyamar sebagai Ratu Elizabeth II dan Putera Charles - dibuat dan stesen mereka menyiarkannya dan menyebarkan maklumat sulit yang diterima.

Penyampai radio, Mel Greig bersama penyampai bersama Michael Christian bercakap secara terbuka mengenai gurauan tersebut buat kali pertama dalam satu wawancara televisyen.

Satu wawancara berasingan dalam siaran seumpamanya "Today Night" juga disiarkan pada petang Isnin.

Kedua-dua penyampai memohon maaf melakukan panggilan penipuan dan menangis apabila ditanya mengenai saat mereka mengetahui bahawa jururawat, Jacintha Saldanha, dikhabarkan mati.

Southern Cross Austereo, syarikat induk 2DayFM, mengeluarkan kenyataan pada Isnin berkata rancangan Greig dan Christian telah ditamatkan, dan akan ada penggantungan terhadap program melibatkan panggilan palsu di seluruh syarikat.

Kedua-dua penyampai masih digantung.

Artikel Sebelum

Twitter Tambah Instragram

Artikel Berikut

Artikel Lain