suria

Lelaki Kashmir Bakar Diri Protes Sekatan Perhimpunan

SRINAGAR, India: Seorang lelaki India Kashmir membakar dirinya sendiri pada Jumaat bagi memproses sekatan polis terhadap perarakan keagamaan yang menandakan bulan Islam, Muharram dalam bandar utama yang dikuasai Kashmir di India.

Polis berkata, lelaki itu mengalami kecederaan ringan dan telah pun ditahan.

Semasa bulan Muharram, puak Syiah memperingati kematian Imam Hussein, cucu Nabi Muhammad SAW.

Pihak berkuasa mengeluarkan perintah berkurang sekurang-kurangnya di tiga tempat di Srinagar yang bimbang perarakan keagamaan itu akan bertukar kepada protes anti India.

Polis berkata, pertempuran berlaku apabila tentera cuba untuk menghentikan kumpulan puak Syiah daripada berarak.

Perhimpunan awam besar-besaran telah disekat di Kashmir India sejak meletusnya pemberontakan bersenjata menentang pemerintahan India pada 1989. - AP

Artikel Lain