suria

Pilihan Raya Jepun Dijangka Bulan Depan

TOKYO: Perdana Menteri Yoshihiko Noda memutuskan untuk membubar Parlimen Jepun seawal Jumaat ini dan pilihan raya dijangka akan diadakan bulan depan, kata media pada Selasa.

Noda akan mengadakan pilihan raya pada 16 Disember atau selewat-lewatnya 20 Januari depan, menurut media berita utama, termasuk akhbar harian Nikkei dan Asahi Shimbun.

Selepas beberapa bulan, spekulasi tarikh pengundian menjadi perhatian dunia.

“Perdana Menteri memutuskan untuk membubarkan Parlimen tahun ini,” kata tajuk muka depan akhbar harian perniagaan berpengaruh Nikkei pada Selasa.

Akhbar Mainichi Shimbun berkata, perdana menteri mungkin membubarkan dewan rendah parlimen Jumaat ini dan mengadakan pilihan raya 9 Disember.

Bagaimanapun, Noda enggan mendedahkan kepada umum secara rasmi tarikh sebenar pilihan raya ketika ditanya dalam satu sesi parlimen. AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain