Jualan Toyota Di China Merudum Akibat Krisis Perebutan Pulau - Dunia | mStar

Jualan Toyota Di China Merudum Akibat Krisis Perebutan Pulau

TOKYO: Jualan kereta Toyota di China merudum sehingga 50 peratus pada bulan September ekoran krisis perebutan pulau di antara Jepun dan China.

Gergasi kereta Jepun itu - yang terbesar di dunia dari segi jualan - mengeluarkan 75,000 unit pada bulan Ogos tetapi memotong pengeluaran kepada separuh daripada jumlah itu pada September, lapor akhbar Jepun, Yomiuri, memetik sumber-sumber Toyota sebagai berkata.

Perebutan ke atas gugusan Pulau Senkaku di Laut China Timur oleh Jepun dan China telah menjejaskan perdagangan dua hala di antara kedua-dua buah negara itu.

Pada hujung bulan lalu, Toyota dan Nissan mengumumkan yang mereka telah membuat keputusan untuk memotong pengeluaran dari kilang mereka di China kerana khuatir jualan bakal terjejas akibat pergeseran tersebut.

Toyota mempunyai sembilan kilang pengeluaran di China.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain