suria

Lelaki Dipancung, Dibakar Di Selatan Thailand

PATTANI, Thailand: Suspek pemberontak telah memancung dan membakar mayat seorang lelaki Islam di jalan pendalaman di kawasan pergolakan selatan Thailand.

Polis, Leftenan Zulkiflee Rasae berkata, seorang unit patrol tentera dijumpai dibakar, dengan mayatnya tanpa kepala pada Khamis di sebuah trak di wilayah Bannang Sata di wilayah Yala.

Lelaki itu dikenali sebagai Tuanda-oh Tuansulong yang berusia 57 tahun, seorang pemilik kedai runcit.

Kepala lelaki itu dijumpai di kawasan semak-samun berhampiran trak miliknya.

Zulkiflee berkata, para penyiasat percaya sekurang-kurangnya empat militan yang disyaki telah menahan kereta mangsa dan menyerangnya ketika dia dalam perjalanan ke hospital untuk perjumpaan kesihatan.

Lebih 5,000 orang terbunuh di tiga wilayah di selatan Thailand sejak pemberontakan meletus pada 2004. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain