suria

Israel Tolak Kemasukan 4 Menteri Dari Negara Anggota NAM

RAMALLAH, Wilayah Palestin: Israel pada Ahad menolak kemasukan seramai empat menteri dari negara yang menganggotai Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) ke West Bank untuk perjumpaan peringkat tertinggi, kata sumber.

Seorang pegawai Palestin berkata, Israel menolak kebenaran kemasukan oleh menteri luar Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba, di mana tiada seorang pun daripada mereka mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.

Seorang pegawai kanan Israel mengesahkan perkara itu. - AFP

Artikel Lain