Jeneral Daoud Rajha. Foto APBEIRUT: Stesen televisyen Syria berkata, Menteri Pertahanan Syria, Jeneral Daoud Rajha terbunuh dalam satu serangan berani mati di bandar Damascus.Satu serangan berlaku di Bangunan Keselamatan Kebangsaan di Damascus pada Rabu sewaktu mesyuarat menteri Kabinat dan pegawai kanan keselamatan. Stesen televisyen itu berkata, beberapa pegawai cedera parah dan kemudiannya melaporkan menteri pertahanan terbunuh.Bandar itu menyaksikan pertempuran antara tentera dan pemberontak selamat empat hari berturut-turut yang cuba untuk menjatuhkan regim dengan kekerasan.Ketegangan itu merupakan satu bentuk cabaran kepada kerajaan yang memerintah di bawah pimpinan Presiden Bashar Assad. - AP