suria

Syarikat Penerbangan Etihad Beli Saham Virgin Australia

DUBAI: Syarikat penerbangan di Abu Dhabi yang sedang berkembang pesat, Etihad Airways berkata, ia telah membeli hampir empat peratus saham Virgin Australia, sekali gus mengukuhkan lagi hubungannya dengan syarikat penerbangan Australia itu.

Perjanjian berhubung saham itu mengumumkan bahawa Etihad telah mengambilnya daripada syarikat penerbangan luar negara itu sejak beberapa bulan lalu.

Etihad pada Selasa berkata, ia membeli 3.96 saham dalam pasaran terbuka.

Tempoh kewangan itu bagaimanapun tidak didedahkan.

Syarikat tersebut sudah pun mengadakan hubungan kerjasama yang dimeterai pada tahun 2010 bagi mengadakan rancangan komersial antara kedua-dua pihak.

Etihad baru-baru ini telah membeli hampir 30 peratus saham Airberlin dan 40 peratus Air Seychelles dan dikatakan secara berusaha membeli sejumlah besar saham pesaingnya, Gulf Air.

Turut didedahkan syarikat penerbangan itu membeli saham hampir tiga peratus syarikat penerbangan Ireland iaitu Aer Lingus pada bulan lepas. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain