suria

Syarikat Penerbangan Bajet Scoot Lakukan Penerbangan Sulung Ke Sydney

MELBOURNE: Pesawat Boeing 777 syarikat penerbangan tambang rendah, Scoot, mendarat di Sydney pagi ini, dengan menawarkan rakyat Australia satu lagi syarikat penerbangan bajet harian apabila terbang ke Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif lapangan terbang itu, Kerrie Mather berkata syarikat penerbangan baharu itu, iaitu anak syarikat Singapore Airlines, akan menjana A$146 juta bagi ekonomi Sydney.

"Ia akan turut membawa masuk hampir 400 penumpang ke Sydney setiap hari. Kami telah melihat syarikat-syarikat penerbangan tambang murah merangsang pasaran di sini dan pada peringkat antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan.

Menteri Pelancongan New South Wales George Souris berkata Scoot memilih Sydney berbanding persaingan sengit dari Victoria dan Queensland.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain