suria

Kerajaan Thai Lulus 3.9 Bilion Baht Untuk Cegah Banjir

BANGKOK: Kabinet Thai meluluskan sejumlah 3.9 bilion Baht (RM390 juta) bagi melaksanakan program pencegahan banjir terutama di enam zon industri yang dilanda banjir buruk tahun lepas.

Menteri Sains dan Teknologi Plodprasop Surasswadee berkata 3.2 bilion Baht (RM320 juta) diperuntuk bagi membina daik (benteng) di kawasan perindustrian iaitu Taman Perindustrian Saharattanakorn, Rojjana, Banwa, Bangpra-In, Nawanakorn dan Bangkradee.

Pembinaan daik itu dijangka siap dalam masa dua bulan, manakala baki peruntukan akan diguna untuk membina pembendung air banjir berkapasiti 5.1 bilion meter padu, katanya, Selasa.

Kira-kira satu pertiga kawasan di negara ini ditenggelami air apabila banjir paling buruk dalam tempoh lima dekad melanda Thailand secara berperingkat bermula Julai tahun lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain