suria

Kemalangan Pesawat Terjunan Udara NZ Cetus Perbahasan Keselamatan

WELLINGTON: Penyiasat kemalangan di New Zealand berkata pesawat terjunan udara yang terhempas dan membunuh sembilan orang pada tahun 2010 disebabkan terlebih beban serta pengubahsuaian yang "tidak diuruskan dengan baik".

Bapa kepada salah seorang dari mereka yang terkorban telah memulakan kempen media sosial mendakwa industri pelancongan pengembaraan New Zealand yang popular adalah tidak selamat.

Tetapi Perdana Menteri New Zealand, John Key menolak dakwaan tersebut.

Penyiasat berkata pesawat itu telah diubahsuai daripada kegunaan pertanian kepada kegunaan terjunan udara tiga bulan sebelum kemalangan itu.

Berdasarkan laporan, Skydive New Zealand gagal untuk membuat pengiraan berat yang betul dengan pengubahsuaian sehingga terlebih beban

Artikel Lain