suria

Suspek Warga Lubnan Nafi Ada Kaitan Dengan Pengganas

BANGKOK: Seorang warga Lubnan yang dituduh mempunyai kaitan dengan militan Hezbollah memberitahu pemberia di luar mahkamah Thailand bahawa dia bukan seorang pengganas.

Atris Hussein yang dijangka akan membuat rayuan di Mahkamah Jenayah Bangkok pada Rabu berhubung dakwaan terhadapnya kerana memiliki bahan letupan secara haram.

Dia berhadapan dengan hukuman penjara selama lima tahun.

Hussein ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok pada 12 Januari lalu.

Penahanan tersebut membawa polis kepada penemuan lebih 4 tan baja urea dan bahan-bahan lain yang boleh digunakan untuk membuat bom, di sebuah gudang.

Tangkapan itu sejurus selepas Amerika Syarikat (AS) da Israel memberi amaran mengenai ancaman pengganas di Bangkok terhadap rakyat AS dan Israel.

Media Thai melaporkan ketika itu, Kedutaan Israel merupakan antara yang akan menjadi sasaran.

Hussein turut memiliki pasport negara Sweden. - AP

Artikel Lain