suria

Maharaja Akihito Akan Jalani Pembedahan Pintasan Jantung

TOKYO: Maharaja Jepun, Maharaja Akihito akan menjalani pembedahan pintasan jantung yang dijadualkan pada 18 Februari ini.

Agensi Isi Rumah Maharaja berkata, Akihito, 78, keluar dari hospital pada Ahad selepas menerima rawatan.

Bagaimanapun, agensi tersebut enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Maharaja Akihito dimasukkan ke Hospital Universiti Tokyo pada Sabtu.

Beliau mengalami pelbagai masalah kesihatan sejak kebelakangan ini termasuk kanser paru-paru dan prostat.

Artikel Lain